Sekatan Nurul Izzah Ke Sabah Ditarik Balik

on Tuesday, June 4, 2013

Sekatan Nurul Izzah Ke Sabah Ditarik Balik - Larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah kini telah ditarik balik, kata pihak polis yang mengesahkan perkara tersebut hari ini.


Memetik sebuah laporan, Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib berkata tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo namun tidak memberikan sebab mengapa ditarik semula.

Surat bertarikh 21 Mei yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Seri Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah setelah mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.
“Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Namun larangan itu pun telah ditarik balik”
“Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka ingin datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang”
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang serta pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.

Laporan tersebut menyenaraikan beberapa individu yang tidak dibenarkan masuk, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohd Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Mohamad Sabu, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, Ong Boon Kiang dan Hishammuddin Rais.

Menurut Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, sumber boleh dipercayai dari Jabatan Imigresen telah membocorkan muka surat pertama dokumen tersebut kepadanya.

Dokumen itu telah dilihat oleh The Malaysian Insider. Dari halaman tunggal, tempoh senarai hitam mahupun sebab mengapa disenarai hitam tidak dinyatakan.

Apabila dihubungi, Lim menyifatkan larangan itu sebagai “tidak masuk akal” serta menunjukkan kerajaan telah membuat satu penghinaan terhadap demokrasi disebabkan bukan sahaja mengharamkan rakyat sendiri daripada memasuki sebuah negeri di negara ini, tetapi wakil rakyat yang dipilih secara sah.

“Sudah tentu ini bukan pertama kali. Saya mungkin pemimpin paling kerap disenarai hitam. Saya pernah disekat ke Sabah, ke Sarawak tetapi saya ingatkan kita sudah lepas zaman itu. Kelihatan kita masih tersekat di situ”
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .