Gambar Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah – Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai satu tragedi yang dikenali dengan nama Double Six. Tragedi ini
cukup menggemparkan Negara suatu ketika dahulu kerana ia melibatkan beberapa menteri di Sabah
maut dalam satu
nahas kapal terbang.
Ia
bermula pada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, di mana penduduk di
sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu
adalah bunyi letupan sebuah kapal terbang yang terhempas.
Pesawat
dari Labuan itu sepatutnya mendarat di
Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian.
Pesawat jenis
GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah
termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota
rombongannya.
Senarai
mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Johari Tun Fuad Stephens
Tun
Fuad Stephens atau nama asalnya Donald
Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya setelah memeluk agama
Islam. Tuan
Fuad adalah tulang belakang serta penggerak kepada penyatuan Sabah di dalam
Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun
1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri
sehingga berlakunya tragedi Double Six.
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki
kapal terbang yang sama tetapi pada
saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua
Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh bagi merasmikan
projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.
Tengku Razaleigh yang juga menaiki
jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja
mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik
sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan
air cetek, lokasi berkenaan
menjadi tumpuan orang ramai kerana sewaktu terhempas, ia dikatakan menggegarkan
kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali
sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.
Setahun selepas kejadian itu, sebuah tugu
peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang
merupakan salah satu peristiwa penting negara. Beberapa gambar berkaitan dikongsi untuk tontonan umum.
Persoalan?
- Rombongan
ini sedang menuju ke Kota Kinabalu bagi menandatangani perjanjian 10%
hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum
menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah
10% itu adalah terlalu kecil serta ada yg mengatakan berkemungkinan Tun
tidak bersetuju akan jumlah tersebut
- YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan bagi melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih bagi melawat kandang lembu di saat akhir?
- Punca
kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6
penumpang sahaja tetapi di isi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan
sayap pesawat bagi diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya
menyebabkan kemalangan. Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat
sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai. Logik ke
golongan - golongan VIP sanggup bersesak macam sardin dalam
satu pesawat?