Akses Facebook Akan
Disekat Di Malaysia - Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China bagi
menyekat akses ke laman web sosial Facebook sekiranya langkah itu mampu membendung
sebarang perbuatan serta tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial
itu bagi menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki
pemimpin negara.
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan
mekanisme untuk menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau
menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah”
Demikian sewaktu diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak
biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
menerusi laman sosial tersebut.
Pada masa yang sama
beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dalam menghukum
mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan
menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan agar mereka yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah”
Pengerusi Majlis
Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin juga turut menyokong
sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah
disalahguna bagi tujuan negatif seperti mana laman web lucah.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment