Maya Karin Akui Sedang Bercinta

on Tuesday, June 4, 2013

Maya Karin Akui Sedang Bercinta - Pelakon dan penyanyi terkenal, Maya Karin mengakui yang dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun jelasnya hubungan tersebut masih pada peringkat awal.

“Ya, saya kini sedang mengenali hati budi seseorang yang telah saya kenal lama tapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan”
Maya membuat pengakuan sewaktu ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bintang Syurga anjuran syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses pada petang kelmarin. 

Sementara itu, Maya enggan mengulas butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian. Sebelum ini, Maya pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak dan lelaki misteri itu yang sekarang dikatakan bersahabat dengan Maya.
“Apa yang boleh saya kongsi pada masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak”
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .