Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Linda Hashim

on Saturday, June 8, 2013

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Linda HashimPelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, kini telah sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim,29.


Beego, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini, Jumaat malam.

Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab yang disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam. Beberapa gambar di muat naik semasa majlis berlangsung.


Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi serta tas tangan.

Dalam pada itu pihak perempuan membalas dengan 9 dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar serta saya rasakan ia seumpama ‘perkahwinan pertama’ kerana semasa perkahwinan pertama saya dulu saya tidak rasa seperti ini”
"In Shaa Allah saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik”
"Saya sangat bersyukur dan berjanji akan mempertahankan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat”
Pasangan ini bakal berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan.

Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 namun bercerai pada 16 Mac 2009.

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .