Pelakon Veteran S.Shamsuddin Meninggal Dunia

on Wednesday, June 5, 2013

Pelakon Veteran S.Shamsuddin Meninggal Dunia - Pelakon veteran, S.Shamsuddin, 84, telah disahkan meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi akibat sakit tua serta jangkitan paru-paru berair.


Menurut sebuah laporan akhbar, perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Noredah Shamsuddin kepada organisasi berita itu.

Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Hospital Alexendra dan kini telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

Dilahirkan pada 1 Januari 1929, Allahyarham atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura dan diingati dengan lakonannya dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang.

Di zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas, Allahyarham sering dikenali dengan gandingannya bersama Datuk Aziz Sattar.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah membintangi lebih 25 filem dan filemnya yang terakhir ialah “Eee...Hantu!!!!!” arahan Majed Salleh.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai 7 orang anak.
Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.



Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .