Naib Canselor UiTM Nafi Gelar Pembantu Lim Pengkhianat

on Friday, June 14, 2013

Naib Canselor UiTM Nafi Gelar Pembantu Lim Pengkhianat - Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar menafikan telah menggelar setiausaha politik baru Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, sebagai "pengkhianat bangsa dan UiTM" di Twitter.


Sewakru dihubungi pemberita petang ini, Sahol ( gambar ) berkata beliau tidak mungkin dapat menulis tweet tersebut kerana beliau sedang menghadiri ceramah bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa apabila ia disiarkan melalui Twitter @datosahol pada kira-kira jam 1.40 tengahari ini.


Mengesahkan bahawa beliau memang ada akaun Twitter, Sahol bagaimanapun berkata, ia tidak heran jika akaun itu telah digodam. Malah, katanya, akaun Facebook beliau pernah digodam sebelum ini.


Dalam posting tersebut, pengguna @datosahol menjawab kepada mereka yang merujuk kepada Dyana dengan berkata: "Inilah Contoh terbaik pengkhianat bangsa dan UiTM."

Ini sebagai menjawab perbualan yang dimulakan oleh blogger Umno, di mana beliau member cadangan agar satu perdebatan diadakan antara pelajar UiTM dan Dyana, seorang alumni universiti tersebut.

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .