Shahz Jaszle Sah Ditahan Khalwat

on Wednesday, May 29, 2013

Shahz Jaszle Sah Ditahan Khalwat   - Mohd Shahrizal Jaszle mendakwa bahawa dirinya diperangkap dalam kejadian tangkap khalwat 2 minggu lalu. Menurut pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, serbuan dilakukan di apartment tersebut selepas mendapat aduan daripada orang awam. 


Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3000 atau dipenjarakan tidak melebhi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


Menurut laporan , apartment itu dimiliki oleh rakan pelakon ini serta ketika serbuan dilakukan terdapat satu lagi pasangan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit telah berkahwin. Shahrizal bersama pasangannya yang berusia 21 tahun ditahan di sebuah bilik berasingan.

Sejak pagi tadi, Shahrizal cuba untuk dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung penangkapan ini.

Namun, panggilan telefon dan pesanan WhatsApp kepadanya tidak mendapat maklumbalas. Begitu juga dengan tunangannya, Redzwani Puteri. Masing-masing bertindak mendiamkan diri. Difahamkan Redzwani telah hadir sendiri ke pejabat JAIS untuk mengikat jamin Shahrizal.

Ranking: 5
Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .