Penyanyi Zahid Baharudin Langsungkan Pernikahan 7 Jun - Penyanyi serta penyampai radio Era
FM, Zahid Baharudin, 32 tahun, bakal melangsungkan pernikahannya berasa Sarah
Julifa Yusof, 25 tahun, pada pada 7 Jun depan bertempat di Teluk Intan, Perak
sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya.
Walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana
pasangan ini tidak ingin bercinta terlalu lama. Keluarga kedua belah pihak telah
bersetuju dan sudah berbincang semasa menghantar ‘tanda’
pada bulan Disember 2012 lalu.
Sebenarnya, Zahid dan Sarah
kebetulan bertugas di Astro serta mereka berdua berasal dari Teluk Intan,
Perak. Ini memudahkan lagi bagi mereka melangsungkan majlis nikah. Persiapan
dah hampir selesai.
Setelah beberapa lama kenal, Zahid
dapati Sarah sangat istimewa sebab di sebalik sikap gila-gila, dia pandai
masak, buat kek dan bijak merancang hidup. Zahid juga mengakui tertarik
dengan hati dengan bakal isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam
mendisiplinkan dirinya.
“Saya seorang yang ringkas serta tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang.”
Majlis nikah akan diadakan di
masjid, manakala resepsi keluarga di dewan berbeza. Bagi pihak keluarga Sarah,
kami adakan sebelah siang, manakaka keluarga saya pada malam. Majlis bertandang akan diadakan pada
15 Jun ini.
Zahid ternyata sudah bersedia
bergelar suami dan memegang tanggungjawab. Namun, Zahid masih lagi
berdebar-debar.
Sebelum ini, Zahid pernah berkongsi
majlis merisik Sarah di Instagram, Disember lalu yang antara lain menunjukkan
keluarganya menghantar rombongan dengan membawa sembilan dulang hantaran
berbalas tujuh dulang.
Selain majlis pernikahan yang
diadakan pada 7 Jun, pasangan ini akan mengadakan majlis menyambut menantu di
sebelah keluarga Zahid pada 15 Jun di Teluk Intan.