Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, meluahkan rasa kesal apabila namanya
dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama serta
reputasi sebagai seorang artis.
"Saya sangat marah apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah mengambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
"Saya harap dia tampil buat kenyataan untuk membersihkan nama saya, jika tidak saya bakal ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari”
Eina berkata demikian sewaktu mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di
dalam sebuah akhbar tempatan pada
Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap
Afiq.
Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq supaya sentiasa
mendahulukan keluarga serta berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara
baik.
"Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik serta bukan ugutan”
"Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan agar dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja”
Dalam pada itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu
pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya serta tidak memanjangkan hal itu.
Mengulas mengenai hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat
bercinta, katanya, pasangan itu hanya
sebagai kawan rapat serta tidak lebih daripada itu.
Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia bagi mendirikan rumah tangga
dan baru mula membina kerjayanya.
{ 1 comments ... read them below or add one }
Budak2 sekarang memang biadap. Ingat awk tu sape nak suruh org tua mintak maaf pada awak....haihhhhss
May 15, 2013 at 2:30 PM
Post a Comment