Ketua Polis Negara Bakal Bersara

on Monday, May 13, 2013

Ketua Polis Negara Bakal Bersara - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bakal bersara wajib pada 17 Mei ini serta bukannya meletak jawatan kerana desakan  parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.



Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof  berkata penyebaran berita berkaitan perletakan jawatan Ketua Polis Negara dimedia sosial serta blog adalah fitnah dan berniat jahat.

Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, kata Ramli dalam kenyataan pada Jumaat.

Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.

Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan ataupun menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.
"Adalah diingatkan mana - mana individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu serta berbaur hasutan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Sekyen 4(1) Akta Hasutan" 
Ismail memegang jawatan tertinggi dalam tampuk kepimpinan PDRM sejak 13 September 2010 sewaktu beliau menggantikan Tan Sri Musa Hassan.

Perkhidmatan Ismail disambung 2 tahun secara kontrak selepas  mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .