Video Kemalangan Tragis Stesen Petronas Samarahan 2017

on Wednesday, January 18, 2017

Video Kemalangan Tragis Stesen Petronas Samarahan 2017: Kelmarin, 16 Januari 2017, berlaku satu kemalangan di salah sebuah stesen minyak Petronas dekat Kota Samarahan, Sarawak. 





Kejadian itu dirakam melalui Video CCTV di Stesen Petronas tersebut. Dalam kejadian tersebut dua buah kereta jenis seden, satu lori dan sebuah motosikal serta seorang pemandu yang telah dilanggar secara tidak sengaja.

Edisi Khas ~ Tok Nan “CM UNTUK SEMUA”

on Friday, January 13, 2017

Edisi Khas ~ Tok Nan “CM UNTUK SEMUA”: 
“Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL “ (kami orang Sarawak tidak suka TOL kerana jika ditambah OL terus jadi TOLOL)..  
Inilah antara kata-kata penuh jenaka yang sinonim dengan seorang anak Sarawak yang kewibawaannya disegani oleh kawan mahupun lawan. 


Hanya ingin dikenali sebagai Tok Nan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak kerana beliau tidak menyukai protokol yang panjang di dalam menyebut namanya. Individu yang dimaksudkan ini adalah pemimpin no. 1 Sarawak Bumi Kenyalang iaitu Ketua Menteri Sarawak yang ke-5, Allahyarhamah Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Satem.


Usia kepimpinannya menerajui Kerajaan Negeri Sarawak masih baru tetapi beliau adalah “orang lama” di dalam dunia politik Sarawak mahupun Malaysia itu sendiri.  Mungkin tanpa kita ketahui disebalik sejarah pemimpin-pemimpin No. 1 di Sarawak, Tok Nan merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.


Walaupun usia kepimpinannya menerajui Sarawak hanya bermula pada tanggal 28hb Februari 2014 namun begitu kelantangannya dan seriusnya beliau di dalam memastikan hak-hak rakyat Sarawak tanpa mengira kaum baik di Bandar mahupun luar Bandar menjadikan beliau dikagumi dan disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Sarawak sekarang. 


Di sebalik ada suara-suara sumbang yang cuba mewarnai visi dan misi beliau, Tok Nan tidak pernah menoleh ke belakang sebaliknya hanya terus maju dan maju sehingga membolehkan beliau dikenali sebagai “CM UNTUK SEMUA”.

Admin mengucapkan Takziah kepada Puan Sri Jamilah & Keluarga & Rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.


Ketua Menteri Sarawak Meninggal Sakit Jantung

on Wednesday, January 11, 2017

Ketua Menteri Sarawak Meninggal Sakit Jantung: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 petang hari ini (Rabu).



Adenan telah menjadi Ketua Menteri kelima pada 28 Feb 2014, menggantikan Tun Taib Mahmud. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya mengucapkan takziah kepada isteri Adenan dan keluarganya.





"Condolences to Puan Sri Jamilah and family and the people of Sarawak over the passing of Chief Minister Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah," Khairy tweeted.

Gadis Sabah Viral di Laman Sosial 2017

on Thursday, January 5, 2017

Gadis Sabah Viral di Laman Sosial 2017: Siapa bilang gadis Sabah tidak mempunyai tarikannya tersendiri. Baru - baru ini pada permulaan persekolahan sesi 2017 seorang cikgu telah diviralkan dilaman sosial Facebook apabila bergambar dengan anak muridnya yang baru sahaja memasuki sekolah pada hari pertama. 



Kecantikannya telah memikat ribuaan pembaca Oh Bulan dengan mendapat hit pembaca sehingga 112.5k dan telah di kongsikan ke umum oleh pembaca.




Permohonan Pengambilan Pelajar Institut Pertanian Sabah 2017

on Wednesday, January 4, 2017

Permohonan Pengambilan Pelajar Institut Pertanian Sabah 2017: Pengambilan pelajar baru sesi 2017 akan diiklankan di akhbar tempatan pada bulan Mac setiap tahun. Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati dari Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat Pertanian Kota Kinabalu (Bahagian Latihan). Rebut peluang untuk menjadi pelatih - pelatih di Institut Pertanian Sabah.



Maklumat Lanjut sila klik disini

Syarat kelayakan untuk mengikuti kursus Sijil Pertanian adalah seperti berikut:-

(i) Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan berumur diantara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi Pegawai Kerajaan) pada masa kursus bermula.

(ii) Berkelulusan SPM atau SPMV atau setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:-

(a) Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan);
(b) Lulus dalam Mata Pelajaran Matematik
(c) Kepujian dalam salah satu Matapelajaran berikut:-

Sains, Geografi, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas. Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automatif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian, Perniagaan dan Keusahawanan, Asuhan Kanak-Kanak, Mengasuh dan Membimbing Kanak-Kanak, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.

Penjelasan Bahri Terhadap Persaraannya Dari SPRM

Penjelasan Bahri Terhadap Persaraannya Dari SPRM: Pilihan bersara awal yang di pilih oleh Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohammad Zin adalah atas kehendaknya sendiri.



Bahri yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014, bersara berkuatkuasa 30 Disember tahun lepas (2016).


Bahagian Operasi Khas ditubuhkan pada 2010 bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .