Permohonan Pengambilan Pelajar Institut Pertanian Sabah 2017

on Wednesday, January 4, 2017

Permohonan Pengambilan Pelajar Institut Pertanian Sabah 2017: Pengambilan pelajar baru sesi 2017 akan diiklankan di akhbar tempatan pada bulan Mac setiap tahun. Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati dari Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat Pertanian Kota Kinabalu (Bahagian Latihan). Rebut peluang untuk menjadi pelatih - pelatih di Institut Pertanian Sabah.



Maklumat Lanjut sila klik disini

Syarat kelayakan untuk mengikuti kursus Sijil Pertanian adalah seperti berikut:-

(i) Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan berumur diantara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi Pegawai Kerajaan) pada masa kursus bermula.

(ii) Berkelulusan SPM atau SPMV atau setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:-

(a) Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan);
(b) Lulus dalam Mata Pelajaran Matematik
(c) Kepujian dalam salah satu Matapelajaran berikut:-

Sains, Geografi, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas. Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automatif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian, Perniagaan dan Keusahawanan, Asuhan Kanak-Kanak, Mengasuh dan Membimbing Kanak-Kanak, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .