Edisi Khas ~ Tok Nan “CM UNTUK SEMUA”

on Friday, January 13, 2017

Edisi Khas ~ Tok Nan “CM UNTUK SEMUA”: 
“Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL “ (kami orang Sarawak tidak suka TOL kerana jika ditambah OL terus jadi TOLOL)..  
Inilah antara kata-kata penuh jenaka yang sinonim dengan seorang anak Sarawak yang kewibawaannya disegani oleh kawan mahupun lawan. 


Hanya ingin dikenali sebagai Tok Nan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak kerana beliau tidak menyukai protokol yang panjang di dalam menyebut namanya. Individu yang dimaksudkan ini adalah pemimpin no. 1 Sarawak Bumi Kenyalang iaitu Ketua Menteri Sarawak yang ke-5, Allahyarhamah Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Satem.


Usia kepimpinannya menerajui Kerajaan Negeri Sarawak masih baru tetapi beliau adalah “orang lama” di dalam dunia politik Sarawak mahupun Malaysia itu sendiri.  Mungkin tanpa kita ketahui disebalik sejarah pemimpin-pemimpin No. 1 di Sarawak, Tok Nan merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.


Walaupun usia kepimpinannya menerajui Sarawak hanya bermula pada tanggal 28hb Februari 2014 namun begitu kelantangannya dan seriusnya beliau di dalam memastikan hak-hak rakyat Sarawak tanpa mengira kaum baik di Bandar mahupun luar Bandar menjadikan beliau dikagumi dan disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Sarawak sekarang. 


Di sebalik ada suara-suara sumbang yang cuba mewarnai visi dan misi beliau, Tok Nan tidak pernah menoleh ke belakang sebaliknya hanya terus maju dan maju sehingga membolehkan beliau dikenali sebagai “CM UNTUK SEMUA”.

Admin mengucapkan Takziah kepada Puan Sri Jamilah & Keluarga & Rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .