Minyak Wangi Menguruskan Badan

on Friday, June 21, 2013

Minyak Wangi Menguruskan Badan - Kedai pewangi The Fragrance Shop telah melancarkan minyak wangi yang dapat membantu mengurangkan berat badan. Haruman Prends Moi Eau De Minceur ini merupakan haruman pelangsingan badan yang pertama dari syarikat Velds dan dibangunkan oleh syarikat Perancis Robertet. 


Berdasarkan laman web The Fragrance Shop, minyak wangi ini direka bagi membantu menurunkan berat badan melalui penyelidikan neurocosmetic yang mengandungi bahan aktif betaphroline untuk mendorong pelepasan B-endorfin di dalam kulit. Ia bertindak dengan memberikan rasa kesejahteraan, mengurangkan tekanan serta dapat mengurangkan keperluan pengguna untuk makan berlebihan.


Minyak wangi ini dijual dengan harga AS$29.99 (RM147) bagi setiap botol 100 ml. Khabarnya, produk ini telah mempunyai ramai pelanggan terutamanya kaum wanita pada hari ini.

Ia didatangkan dalam pelbagai haruman bergamot seperti mandarin, limau gedang serta bauan bunga-bungaan seperti lilac, ylang-ylang dan melati. Haruman ini juga menggabungkan aroma limau kasturi dan vanilla.

Namun, sehingga kini masih belum dapat memastikan adakah produk ini sudah dijual di Malaysia ataupun tidak.


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .