Gambar Pemuda Mengaku Bakal Sultan Baru Kedah

on Friday, June 7, 2013

Gambar Pemuda Mengaku Bakal Sultan Baru Kedah  - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memantau kegiatan sekumpulan lelaki yang diketuai seorang pemuda ( gambar ) membawa Panji Hitam tertera logo Empayar Nusantara Langkasuka hingga menimbulkan kebimbangan selepas ketua mereka mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.


Kumpulan itu dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam susulan daripada pengakuan yang dibuat oleh ketua mereka di sebuah akaun laman sosial miliknya.

Selain pemuda tersebut, pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad turut pernah mengakui dirinya Pemuda Bani Tamim iaitu pemegang panji hitam.


Lebih membimbangkan, kumpulan tersebut dipercayai cuba memasuki Istana Anak Bukit, dekat sini, pada hujung bulan lalu dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi negara seperti Filipina, Indonesia serta Selatan Thailand.

Lelaki yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah empayar berkenaan membuat pengakuan di akaun laman sosial miliknya pada 22 Mac lalu, malah kumpulan tersebut turut dikesan di Kelantan selain kemunculannya di Kedah, bulan lalu.


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .