Anak Michael Jackson Cuba Bunuh Diri

on Thursday, June 6, 2013

Anak Michael Jackson Cuba Bunuh Diri - Anak perempuan kepada mendiang Michael Jackson, Paris telah dikejarkan ke Hospital California pada Rabu setelah cuba bagi membunuh diri.


Paris, 15, dilaporkan telah cuba mengelar pergelangan tangan kanannya dengan sebilah pisau serta turut meninggalkan sekeping nota untuk ahli keluarganya.

Menurut keluarganya, Paris kini sedang diletakkan dalam pengawasan psikiatri selama 72 jam di hospital kerana turut mengalami tekanan perasaan.
"Dia pernah mendapatkan rawatan kerana tekanan sebelum ini. Namun kali ini, dia cuba mengelar tangan dan ini adalah petunjuk dia benar-benar memerlukan bantuan.
Sebelum kejadian, Paris menerusi laman Twitternya meninggalkan beberapa pesanan pelik yang jelas menunjukkan dia dalam tertekan dengan kehidupannya.

Sementara itu, nenek kepada Paris iaitu Katherine Jackson menerusi jurucakapnya mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu tekanan serta sedih dengan kematian Michael menjadi punca kepada kejadian itu.
"Paris berada dalam keadaan baik dan saya mohon agar diberikan ruang bagi kami sekeluarga mengharungi saat ini”

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .