Semakan Keputusan MUET (Sesi Mac) 2013

on Friday, May 3, 2013

Semakan Keputusan MUET (Sesi Mac) 2013 - Keputusan calon bakal dikeluarkan pada 6 Mei 2013, calon boleh mendapatkan keputusan dan semakan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan.


Bagi calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Selain itu, calon juga turut boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan secara atas talian (online) dengan berpandukan maklumat seperti berikut:

Menaip : MUET RESULT (jarak) No Kad Pengenalan hantar 15888
Contoh : MUET RESULT 920312028188  hantar ke 15888
Penghantaran mesej mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013


Melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 6 Mei.



Calon yang tidak berpuas hati dan ingin menyemak semula keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei serta maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .