Petua Merawat Hati Yang Duka - Manusia mana yang tidak pernah membuat
salah. Manusia mana yang terlalu sempurna buat segala-galanya. Kita hanya
manusia serta insan biasa, punyai salah serta khilaf diri.
Orang di sekeliling
kita akan memandah kurangnya diri dengan hanya di pandangan sisi. Kecewa bukan?
Lumrah. Bila salah kita, orang akan
nampak sangat. Bila kebaikan dibuat, 10 tahun belum tentu dipandang hebat.
~ Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Kita tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
~ Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah serta musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Bagi membuang sikap risau, belajar untuk bertenang serta latih diri anda mengawal emosi.
~ Belajar Rajin Bersyukur
Sentiasa ucap syukur atas kesemua yang kita ada. Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada lima deria yang lengkap. Kita boleh melihat serta menarik nafas setiap kali bangun tidur. Kita ada kawan rapat yang memahami kita. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.
~ Belajar Menjadi Pemaaf
Wujudkan sikap pemaaf dalam diri agar dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda kita. Kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu.
Mungkin juga kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat kita sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.
Apa juga masalah, apa juga musibah yang menimpa, itulah pengaturan Allah SWT. Hikmah di sebaliknya harus digali di samping jangan lupa terus bermohon, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat. Jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka selaku hamba, wajarlah kita kembali kepadaNya.
Terimalah hakikat bahawa itulah ujian-NYA buat kita, agar kita diberiNya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Untungnya menjadi Mukmin. Semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. Kita tidak bersendirian kerana Allah itu pasti akan bersama!
Info Riadah @ Dimensi Androids
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment