Penurunan Harga Kereta Berperingkat 2013

on Thursday, May 30, 2013

Penurunan Harga Kereta Berperingkat 2013 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan bagi  menurunkan harga kereta secara berperingkat.
“Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat sehingga 2017. In Shaa Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati,”
katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.


Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) telah berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, sekiranya diberi mandat bagi kembali mentadbir negara.
“Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus”
Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan pertama diadakan bersama pucuk pimpinan baharu setelah pelantikan Kabinet 2013.

Beliau berkata pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan serta persaingan di kalangan pemain industri automotif.
 “Oleh itu, kami juga telah melakukan perbincangan bersama syarikat-syarikat pembuat kereta dan mereka juga sedar tentang Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang bakal dilaksanakan serta faedah-faedah yang akan diperkenal kepada pengguna,”
Mustapa berkata pemain industri kini perlu bersedia meningkatkan daya saing serta pengeluaran mereka, sesuai dengan iklim persaingan yang semakin hebat di Malaysia dan luar negara.


Beliau turut menjelaskan bahawa selain usaha menurunkan harga kereta di pasaran tempatan, kerajaan juga melihat keseimbangan lain seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan inisiatif pembinaan pengangkutan awam yang lebih cekap.

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .