Pencarian Ramli Musim Ke-2

on Monday, May 20, 2013

Pencarian Ramli Musim Ke-2 - Mencari Ramli adalah program pencarian bakat bola sepak yang paling berpotensi, dalam usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia yang digerakkan oleh minat serta semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia.


Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda dan seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali. 

Mencari Ramli Musim 2 adalah sorotan program musim pertama, namun kali ini program ini bakal dikembangkan kepada pencarian bakat ke seluruh negara menerusi acara-acara ujibakat di 12  lokasi. 30 pemain berbakat bakal disenarai pendek untuk ke pusingan akhir, di mana seorang pemenang akan dipilih oleh panel hakim serta seorang lagi pemenang menerusi undian umum. 

Peluang menjalani latihan bersama Sekolah Bola Sepak Manchester United dan menjejakkan kaki di Old Trafford bakal menjadi rebutan, di samping peluang untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali. 


Team Malaysia menjadi penggalas arena sukan negara yang menyatu dan menginspirasi seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat bag i menjadi atlit bertaraf dunia.

Team Malaysia adalah pasukan peminat sukan dari seluruh negara yang disemarakkan oleh semangat dan minat terhadap apa juga sukan di Malaysia. Berpegang kepada semangat kesukanan  ini. Team Malaysia dengan bangganya membawakan Mencari Ramli, dengan harapan menaikkan mutu bola sepak Malaysia. 

SIAPAKAH BAKAL MENJADI PESERTA MENCARI RAMLI MUSIM KEDUA??
Adakah dia laju, pantas, cekap, seperti Ronaldinho??

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .