Peguam Aidil Zafuan Maut Kemalangan

on Sunday, May 5, 2013

Peguam Aidil Zafuan Maut Kemalangan - Peguam yang mewakili pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, Noor Ariff Delia Ramli, 36, maut setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam satu  kemalangan di Jalan Persiaran Senawang di Seremban kelmarin.


Pada kejadian pukul 9.40 malam  itu, Noor Ariff meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas merempuh sebuah lori tangki.

Jurucakap polis berkata, sewaktu kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 dalam perjalanan dari rumahnya di Senawang menuju ke Plaza Tol Senawang untuk ke Seremban 2.

Katanya, selepas  tiba di lokasi kejadian, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke kanan.
Mangsa yang tidak sempat membrek kemudiannya melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut sebelum tercampak kira-kira 2 meter. 
Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ranking: 5
Free Backlinks Malaysian Free Auto Backlink Exchange Hootoh Tudia Blog coretan semasa bebas dan merdeka

Receive all updates via Facebook. More Info, Just Click the Like

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

ExactSeek: Relevant Web Search
 
© Dimensi Androids All Rights Reserved
Get More Info from TazkirahGroup .