Adira Nafi Telah Berhijab - Penyanyi Adira yang baru saja muncul bersama single
terbaru, Lara Lagi menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia kini telah pun
bertudung.
Adira atau mesya disapa Yayang mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah
mendapati wujudnya dakwaan yang mengatakan bahawa kononnya dia telah pun
bertudung seperti mana yang tertera di dalam akaun facebook miliknya.
"Untuk makluman semua, akaun facebook saya telah dihacked. Ini adalah kali ke-2 akaun saya facebook saya dihacked dan kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi”
"Namun, sejak akaun facebook tersebut dihacked, macam-macam kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung)”
"Isu tersebut timbul apabila mereka melihat saya bertudung sewaktu menghadiri kelas agama Usrah Fitrah. Memang betul saya telah bertudung sewaktu menghadiri kelas agama tersebut”
"Tapi, untuk waktu-waktu lain, penampilan saya masih lagi seperti dulu serta buat masa ini, saya masih belum lagi terfikir bagi ke arah itu (berhijab). Insya Allah, satu hari nanti, pastinya saya akan ke arah itu. Siapa yang tidak mahu berubahkan? Doa-doakanlah saya ya”
“Risau jugak saya dengan keadaan ini. Tapi, saya sudah pun buat laporan polis. Sebab saya tidak mahu nanti disebabkan posting-posting itu, nama dan reputasi saya yang akan jadi buruk”
Apa pun disebabkan akuan facebooknya telah pun dihacked, Yayang berkata, pihak
Adminnya telah mewujudkan akaun baru yang dinamakan The Real Adira FC.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment